qakeejubah adalah penjenamaan semula dari jenama Akirah yang telah ditubuhkan sejak tahun 2004 (secara offline) qakeejubah kini dimiliki sepenuhnya oleh Puan mas irnettey binti ibrahim. (JR0072265-T) yang telah didaftarkan di bawah Akta Syarikat, 1965 melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Dapatkan Koleksi Jubah Dari Kami Pasti Puas Hati
qakeejubah adalah pengeluar jubah rekaan sendiri sepenuhnya, setiap keluaran kami menitik beratkan kualiti, keselesaan, kemodenan & menutup aurat.
Dengan pelbagai reka bentuk eksklusif yang menarik material yang digunakan juga sangat digemari oleh pelanggan kami, jubah-jubah kami sering menjadi pilihan untuk majlis-majlis hari besar seperti majlis walimatul urus, maulidurrasul, hari raya & sebagainya.
Selain dari jualan runcit kami juga ada menjual secara borong untuk reseller yang berminat atau untuk pelanggan yang nak tempah warna yang [email protected] dalam kuantiti yang banyak.
Qakeejubah mula menjual dalam talian sejak 2014, Manakala Kedai Pusat Operasi Utama Kami di bandar muar johor.